[VIDEO] Pernah Dihina, Naim Daniel Anggap Pemilihan Diva AA Dalam MV Lelaki Gila Permulaan Hubungan Baik – “Saya Sayang & Hormati Dia”

[VIDEO] Pernah Dihina, Naim Daniel Anggap Pemilihan Diva AA Dalam MV Lelaki Gila Permulaan Hubungan Baik – “Saya Sayang & Hormati Dia”

Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel memaklumkan kemunculan pengacara Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA dalam muzik video salah satu lagu EP  adalah satu permulaan baik memandangkan selebriti itu pernah menghinanya terdahulu.

Menerusi sebuah video dimuat naik di XO House, Naim menjawab pertanyaan salah seorang yang hadir ke acara bersama media mengenai pemilihan Diva AA dalam MV lagu Lelaki Gila.

“Pada saya, Azwan Ali atau saya patut panggil, Uncle Azwan Ali kita tahu dia seorang prominent figure dalam industri hiburan, malah sebelum saya lahir dalam industri lagi.

“Mungkin ada beberapa acara yang membuatkan rakyat Malaysia tahu mungkin ada sedikit salah faham berlaku, tapi saya tetap akan sayang dan hormati dia.

“Untuk dia berada dalam muzik video Lelaki Gila sebenarnya memang saya yang mahukan. Saya rasa macam satu closure, dan permulaan yang baik untuk saya dan Diva AA.

“Sebelum ni orang tanya apa perkembangan sayang dengan Diva AA, jadi sekarang dah termeterai.. terjawab semuanya,”’ katanya.

Sementara itu, pelantun lagu Sumpah itu turut mengakui bahawa dirinya adalah peminat Diva AA, selain bersyukur dapat mempamerkan sisi berbeza selebriti itu dalam lagu tersebut.

“Dan saya juga peminatnya. Saya bersyukur dia ada dalam muzik video saya sebab dia sangat profesional. Sangat komited dan apa yang disampaikan dalam MV sebenarnya kita jarang dapat lihat dia berada dalam keadaan itu,” katanya lagi.

@x.o.housee

Replying to @Lokhman Ismail Dah tengok Azwan Ali dalam MV Lelaki Gila belum dekat yt?🥹 @Naim Daniel #EPLelakiGila #AdminW

♬ lagu lelaki gila. – Naim Daniel

Scroll to Top