[VIDEO] Peminat Back Up Bella Astillah Apabila Dituduh Tak Jaga Batas Pergaulan Dengan Syed Saddiq

[VIDEO] Peminat Back Up Bella Astillah Apabila Dituduh Tak Jaga Batas Pergaulan Dengan Syed Saddiq

Dakwaan bercinta antara pelakon, Bella Astillah dan ahli politik terkenal, Syed Saddiq sehingga kini menjadi antara topik perbualan hangat dalam kangan netizen.

Meskipun kedua-duanya masih berdiam diri mengenai status hubungan mereka, namun aksi mesra yang ditunjukkan seakan-akan memberi hint bahawa keduanya sedang berada di fasa bahagia.

Terbaru, menerusi perkongsian di platform TikTok, tular sepotong video pendek mempamerkan aksi Bella yang dilihat memegang tangan Syed Saddiq.

Bagaimanapun, melihat aksi mesra tersebut, terdapat segelintir warganet yang berasa kurang senang dengan tindakan Bella, sekaligus mendakwa aktres itu tidak menjaga batas pergaulan semenjak rapat bersama Syed Saddiq.

 

Namun, menepis dakwaan tersebut, akaun peminat pasangan ini menjelaskan bahawa perkongsian potongan video menunjukkan kemesraan Bella dan Syed Saddiq hanyalah sekadar bentuk hiburan bagi peminat mereka.

Sekaligus, meminta mana-mana pihak untuk tidak berasa ‘bitter’ sehingga meninggalkan komen negatif diruangan berkenaan.

“Jangan menilai pada apa yang kita dilihat. Tengok pada orang sekeliling dan diri sendiri.

“Ingat apa yang keluar dari kita dua kali ganda akan kena dekat diri sendiri.

“Jadi fikir yang baik-baik dan doa yang baik-baik. Dekat bio saya dah letak ‘just for fun’ untuk mereka sahaja.

“Jadi saya nak komen dan doa yang baik-baik sahaja. Yang busuk hati pergi jauh-jauh,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

 

Scroll to Top