Pelakon sensasi, Nonny Nadirah memaklumkan dirinya masih menjadi mangsa gangguan sihir sehingga kini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Nonny meminta bantuan pihak Polis Diraja Malaysia Bukit Aman mendakwa dirinya disekat secara halus.
“Saya diganggu teruk oleh sihir dari golongan ketiga. Terus menerus diancam secara halus. Lillahitala, saya tak gila.
“Saya seorang tuan, asal dari Sabah sekarang berada di Kuala Lumpur. Semua disekat secara halus, kesakitan secara halus.
“Saya hanya boleh bersuara di media sosial, sakit sangat sihir ini saya tak tahan tuan,” katanya.
Malah, Nonny pula mendakwa bapa dan kakaknya dibunuh selain ahli keluarga yang lain turut diancam.
Sementara itu, di Instagram Story (IGs) pula Nonny mendedahkan gangguan tersebut membuatkan emosinya bercelaru.
“Hari hari dia bercakap, tak berhenti. Kadang kala disebabkan gangguan ni saya akan marah, menangis, sedih. Macam-macam, semua benda saya dah rasa.
“Ada satu situasi dia akan tarik kita untuk mendengar apa yang dia cakap, membuatkan kita berfikir. Alhamdulillah dengan izin Allah saya sihat dan kuat tapi gangguan ini masih ada,” katanya.
Sebelum ini, Nonny pernah mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video membotakkan kepala dan menari sambil bertuala, selain pernah memuat naik foto separuh bogel, berendam dalam baldi.
Manakala, dalam hantaran berlainan, Nonny menegaskan dia hanya sekadar menjual produk dan tidak akan menjual tubuh badannya semata-mata demi cepat kaya.
Terdahulu, Nonny menerusi temu bualnya bersama media menolak dakwaan kononnya video panas yang dimuat naik di Instagram itu hanyalah mahu mencari publisiti murahan atau cuba menjadi ‘attention seeker’.
Artikel Berkaitan: Kerap Muat Naik Video Seksi Di IG, Nonny Nadirah Nafi ‘Attention Seeker’ – “Kita Iman Turun Naik, Tak Perlu Nak Perbesarkan”
Artikel Berkaitan: “Aku Merayu Terang-Terangan, Tolong Hilangkan Gangguan Ini” – Nonny Nadirah Dedah 3 Tahun Berdepan Sihir