[VIDEO] Neelofa Kongsi Tiga Persediaan Menjelang Bulan Ramadan – “Buat Meal Prep Awal Supaya Ada Masa Untuk Beribadah”

[VIDEO] Neelofa Kongsi Tiga Persediaan Menjelang Bulan Ramadan – “Buat Meal Prep Awal Supaya Ada Masa Untuk Beribadah”

Selebriti dan usahawan jelita, Noor Neelofa berkongsi tiga persiapan yang dilakukannya menjelang bulan Ramadan.

Menerusi video di platform TikTok, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Nor, 35, berkata setiap tahun rutinnya di bulan Ramadan akan berubah bergantung kepada persedian dirinya sendiri.

“Dari tahun-tahun sebelum ini, saya rasa Ramadan selalunya berubah-ubah daripada segi cara saya sediakan diri. Sekarang ini pun, saya dah mula rancang untuk persiapan juadah.

“Buat meal prep siap-siap sebagai salah satu cara tak nak habiskan masa separuh hari dekat dapur, sebaliknya boleh buat amalan berzikir dan sebagainya. Saya akan buat setiap juadah punya pes itu lebih awal, kadang-kadang masukkan lauk saja terus siap menu.

“Kedua, saya akan tukar waktu tidur. Sebelum ini lepas terawih, saya akan terus tidur sebab saya akan bangun pukul 4:00 pagi. Memang paksa diri untuk tukar waktu tidur,” katanya.

Sementara itu, isteri kepada PU Riz atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd Ismail ini turut memberi pesanan untuk tidak mensia-siakan ganjaran pahala di bulan Ramadan dengan membaca al-Quran.

“Kalau Ramadan anda tidak dihabiskan dengan membaca Quran, maksudnya anda tidak dapat yang terbaik daripada bulan itu. Kalau kita biarkan Ramadan berlalu tanpa baca Al-Quran, sangatlah rugi,” ujarnya lagi.

@naelofarofficial

Ramadan is just a month away! 🌙✨ Now is the perfect time to start preparing yourself for this blessed month. Here are some key takeaways from Neelofa to help you get ready: 1. Easy meal prep & learn to prep some easy dishes. 2. Ubah cara tidur bermula dari sekarang. 3. Latih diri untuk berpuasa sebelum Ramadan. 4. Tingkatkan bacaan Al-Quran. #Ramadan

♬ original sound – Naelofar – Naelofar

Scroll to Top