Tindakan pendakwah bebas, Da’i Syed berkongsi sebuah video menari lagu Hindustan bersama isterinya Hana Ismail mengundang perhatian pengikut di laman Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, pasangan yang lengkap dengan persalinan baju raya itu dilihat rancak menari mengikut rentak lagu Yeh Ladka Hai Allah di tengah bendang pada 1 Syawal lalu.
Namun begitu, terdapat segelintir individu menegur cara pasangan itu berhibur termasuk mempersoalkan penampilan Hana yang menggayakan tudung tidak menutup bahagian dada.
Menjengah di ruangan komen, individu berkenaan menyatakan bahawa tudung wanita berusia 37 tahun itu kelihatan singkat apatah lagi aksi menari terbabit boleh menampakkan bentuk badan.
Bagaimanapun, rata-rata pengikut memilih bagi meninggalkan pujian terhadap tarian Syed dan Hana yang disifatkan comel, romantis serta menghiburkan untuk ditonton.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 Disember lalu dengan sekali lafaz di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur.
Sumber: Instagram Da’i Syed