am@hmetro.com.my
Georgetown: Polis menegaskan bahawa video tular yang memaparkan penahanan seorang lelaki di sini bukan kejadian baharu, sebaliknya berlaku pada 1 Januari lalu, dan individu terbabit sudah dihadapkan ke mahkamah serta dijatuhi hukuman.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, video itu dikesan ditularkan semula di media sosial hari ini, meskipun kes berkenaan sudah diselesaikan di mahkamah.
“Lelaki terbabit sudah dituduh di Mahkamah Majistret Georgetown pada 3 Januari lalu dan mengaku bersalah serta didenda RM2,000.
“Orang ramai diminta tidak menularkan atau membuat sebarang spekulasi mengenai video itu sehingga mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd