Usahawan dan kakak kepada selebriti, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila tampil memberi teguran kepada segelintir netizen yang tidak henti mendakwa dirinya sudah kembali rujuk dengan bekas suami aktor, Sharnaaz Ahmad.
Menerusi sebuah video siaran langsung tular di platform TikTok, Nabila yang sedang bercuti bersama Sharnaaz dan anak mereka, Jebat Jayden di French Alps, Perancis meluahkan rasa kesal apabila difitnah netizen.
“Kami ini tiada rujuk, tiada kahwin. Kita kawan. Jangan jadi netizen yang bodoh, jadi netizen yang cerdik.
“Netizen ini sebenarnya nak tengok suami isteri yang bergaduh dan muat naik di sosial media. Yang elok macam kami, macam-macam fitnah,” katanya yang mengakui serabut.
Meninjau ke ruangan komen, Nabila dan Sharnaaz menerima pujian ramai yang boleh menjadi kawan baik meskipun pernah menghadapi kemelut rumah tangga.
@
Sebelum ini, ramai dalam kalangan netizen mendoakan agar Sharnaaz dan bekas isterinya, Nabiła kembali berjodoh.
Namun jelas kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu berharap orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Jebat kerana perkara itu lebih membahagiakan mereka.
Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017, namun perkahwinan mereka terlerai pada 9 Julai 2020.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Artikel Berkaitan: “Doa Untuk Anak Kita Je, Both Of Us Ada Kehidupan Masing-Masing” – Netizen Tak ‘Give Up’ Minta Berjodoh Dengan Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Tampil Beri Respons!