Pempengaruh, Imran Bard meluahkan rasa teruja apabila muncul dalam sebuah rancangan memasak bersama Mydin Malaysia.
Menerusi perkongsian di TikTok, Imran membuat ramai tersentuh hati apabila dirinya kini berjaya membuat ibu bapanya bangga.
“Umi, Abah.. I made it,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Imran yang sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi menyatakan hasrat mahu menjadi seorang chef selebriti.
“Soon to be chef celebrity,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen turut berbangga dan mengucapkan tahniah kepada Imran yang semakin dikenali ramai.
Malah, ada juga antara mereka yang mengenang perjalanan Imran bermula membuat content memasak di platform YouTube sehingga namanya meledak naik menjadi perhatian umum.
@imeringue2 Come to Mydin Seremban 2 NOW!!!!
Sebelum ini, Imran menerima kritikan netizen selepas dia berkongsi foto menyusukan anak khinzir.