[VIDEO] Hijab Terbuka Sejak Kecil, Bintang Filem Anak Kunti ‘Tenang’ Diganggu Makhluk Halus – “Saya Pernah Nampak Pocong”

[VIDEO] Hijab Terbuka Sejak Kecil, Bintang Filem Anak Kunti ‘Tenang’ Diganggu Makhluk Halus – “Saya Pernah Nampak Pocong”

“Saya sudah boleh melihat hantu sejak kecil. Dulu saya pernah nampak pocong, genderuwo, dan kuntilanak.”

Begitulah pendedahan pelakon Indonesia, Nita Gunawan, yang mengaku memiliki keistimewaan dapat melihat makhluk halus sejak usia muda.

Menurut Nita, kerana sudah terbiasa melihat entiti tersebut, dia tidak merasa takut dan tetap menjalani kehidupannya seperti biasa tanpa sebarang masalah.

“Tak rasa takut sebab memang sudah biasa. Bahkan sampai sekarang masih boleh lihat. Kalau rasa macam ada benda halus, saya lagi rasa ingin tahu,” katanya.

Perkara itu dikongsikan oleh Nita ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem lakonannya, Anak Kunti, baru-baru ini.

Meskipun keluarganya pernah berusaha untuk “menutup” hijabnya, usaha tersebut tidak berjaya, dan dia terpaksa hidup dengan anugerah itu hingga kini.

“Dalam keluarga, saya seorang sahaja yang ada keistimewaan ini. Waktu kecil, ibu saya sudah berikhtiar untuk tutup hijab namun tidak berjaya.

“Masa kecil saya selalu histeria sebab tak boleh kawal. Lama-kelamaan, saya putus asa untuk berubat. Jadi biarkan saja, kita teruskan hidup,” jelasnya.

Pelakon jelita itu turut mendedahkan bahawa dirinya pernah mengalami gangguan makhluk halus semasa penggambaran filem Anak Kunti, arahan Bambang Drias.

“Saya nampak lembaga seperti nenek tua. Wajahnya pucat dan menakutkan. Saya tanya orang kampung, mereka kata di sana memang penunggunya nenek nenek.

“Bukan hanya saya nampak lembaga itu tetapi pelakon yang menjayakan karakter Idris dan Karyo juga nampak,” ujarnya.

Filem Anak Kunti, hasil terbitan ST Media dengan kerjasama Drias Film Production, dijadualkan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 20 Februari ini, serentak dengan tayangan di Indonesia.

Selain Nita, filem ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Gisellma Firmansyah, Abun Sungkar, Jajang C. Noer, Iwa K, Wavi Zihan, dan Ruth Marini.

Scroll to Top