[VIDEO] Hidung Merah, Netizen Dakwa Bella Astillah Menangis Kerana Kes Syed Saddiq Ditangguh Lagi – “Comel Dia Panggil Yayinkk”

[VIDEO] Hidung Merah, Netizen Dakwa Bella Astillah Menangis Kerana Kes Syed Saddiq Ditangguh Lagi – “Comel Dia Panggil Yayinkk”

Pelakon dan penyanyi terkenal, Bella Astillah, mencuri perhatian netizen apabila tular sebuah video di TikTok yang memperlihatkan dirinya seolah-olah baru sahaja selesai menangis, dipercayai berkaitan dengan perkembangan terkini kes mahkamah melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Dalam video berkenaan, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah yang tampil manis mengenakan baju kurung kuning bermotif bunga kecil berwarna ungu dilihat sedang berbual di telefon dengan seseorang.

Namun begitu, Bella dipercayai sedang menghubungi Saddiq yang kelihatan mesra menggelarkanya dengan panggilan manja iaitu ‘yayinkkk’, mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat dan netizen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa simpati melihat wajah Bella yang kelihatan sugul dan matanya sedikit merah, dipercayai menangis susulan kes rayuan Saddiq yang masih belum mencapai sebarang keputusan meskipun telah sebulan tertangguh.

Untuk rekod, pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, serta denda RM10 juta ke atas Syed Saddiq selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, penyalahgunaan harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana ARMADA.

Syed Saddiq kemudiannya mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dengan menyatakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya, bagi membebaskan dirinya daripada kesemua pertuduhan dan mengetepikan hukuman yang dikenakan.

Prosiding rayuan ini merupakan peringkat kedua dalam proses kehakiman. Sekiranya rayuannya ditolak dan sabitan dikekalkan, beliau masih berpeluang mengemukakan rayuan terakhir di peringkat Mahkamah Persekutuan.

@bellaastillahsyedsaddiq7

#fypシ゚ #syedsaddiqbelaastillah #bellaastillah #BASS #support #foryoufyp #sharethecare

♬ original sound – 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐁𝐀’𝐒𝐒 – 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐁𝐀’𝐒𝐒

Scroll to Top