Video guru didakwa angkat & campak murid tadika buat netizen ‘meradang’

Video guru didakwa angkat & campak murid tadika buat netizen ‘meradang’

Sejak pagi tadi, satu video yang dimuat naik oleh laman Facebook My Kuala Langat memperlihatkan situasi di sebuah sekolah tadika apabila seorang kanak-kanak dimarahi oleh tenaga pengajar di sana.

Video yang diperoleh daripada seorang pengguna media sosial yang berkongsi rakaman tersebut di group FB Penduduk Jalan Kebun, Klang itu benar-benar membuatkan warganet berasa geram.

Dalam video yang dirakam, dapat dilihat seorang wanita dewasa dipercayai tenaga pengajar di tadika tersebut mengangkat dan mencampak seorang kanak-kanak berseragam sama dengan pelajar lain.

Dia juga sempat memarahi kanak-kanak berkenaan sebelum berlalu pergi setelah pelajar cilik itu terjatuh kerana dicampak.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah berasa berang dengan tindakan kasar wanita terbabit kerana melakukan kekerasan kepada kanak-kanak di sekolah tadika.

Mereka juga berharap pihak berkuasa membuat siasatan dan mengambil tindakan diatas kejadian ini kerana bimbang keselamantan pelajar-pelajar lain di tadika tersebut.

 

 

Sumber: My Kuala Langat, Penduduk Jalan Kebun, Klang