Telatah comel anak perempuan kepada pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya, 5, sekali lagi mencuri perhatian warganet.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di platform TikTok, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkongsi momen manis bersama puteri kesayangannya.
Video tersebut memaparkan Fazura dan Fatima sedang menuruni eskalator sambil selebriti itu membetulkan rambut anaknya ketika mereka sedang bercuti di luar negara.
Namun begitu, apa yang paling menyentuh hati ramai adalah ketika Fatima beberapa kali mencium tangan ibunya, serta memeluknya erat yang jelas menggambarkan kasih sayang seorang anak.
Malah, Fatima juga juga anak kepada aktor, Fattah Amin ini kelihatan tidak lekang dengan senyuman seolah-olah menggambarkan kebahagiaannya bercuti bersama ibu tersayang.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengakui mereka tersentuh menyaksikan keakraban dua beranak ini.
Tidak kurang juga yang mengaku mengalirkan air mata, dek emosi yang terbit daripada video berkenaan.
@fazuraofficial
Terdahulu, Fazura pernah berkongsi bahawa menjadi ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, menurutnya, kekuatan untuk terus melangkah datang daripada satu-satunya cahaya matanya, Fatima.
Artikel Berkaitan: “Fatima Adalah Segalanya, Tiada Masa Untuk Saya Bersedih” – Nur Fazura