[VIDEO] Fesyen DSV Dikritik, Netizen Jadikan Bahan Jenaka – “Kena Bawa Pelampung Tangki Air Ke?”

[VIDEO] Fesyen DSV Dikritik, Netizen Jadikan Bahan Jenaka – “Kena Bawa Pelampung Tangki Air Ke?”

Penampilan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) mencuri tumpuan selepas dia tampil menggayakan busana berona biru ke sebuah acara.

Menerusi video viral di TikTok, perhiasan yang dipakai atas tudung DSV menyerupai benjolan dan ia mengundang pelbagai reaksi warganet.

“Jarjit singh upin ipin DSV Singh ✅,” tulis keterangan dalam video viral tersebut. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menjadikan busana DSV itu satu bahan jenaka dengan menyamakannya dengan pelbagai objek.

Ada dalam kalangan mereka yang mengatakan fesyen DSV seperti pelampung tangki air, minyak wangi, labu sayong dan macam-macam lagi.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 200,000 tontonan, lebih 500 komen dan 7,000 tanda suka.

@datoserividainfinityrich

cuba bagi idea..design2 baju yang lagi menyerlah dan lagi menarik!! ada idea tak?#fyppage #datoserivida #masukberandafypdongg #kuikhlaskandsv #pageforyou #fypシ゚viral🖤tiktok #masukberandafyp #fypp

♬ suara asli – fby2 – fby2

Scroll to Top