Penyanyi rap, Caprice mendakwa kehilangan influencer Malaysia, Eyka di hutan Bandung ketika melakukan aktiviti paranormal bersama rakan-rakannya hanyalah sekadar content semata-mata.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Caprice mendedahkan perbualan bersama beberapa pempengaruh di bawah naungan syarikat agensi dan mendakwa ada segelintir individu bersetuju membuat content tersebut bersama YouTuber, Ammar Nazhan yang mengetuai aktiviti tersebut.
Lebih menyedihkan, kesemua piihak yang terbabit difahamkan tidak menerima sebarang bayaran untuk membuat content yang dianggap hanya memalukan negara.
“Confirm fake. Talent agency yang ada manage a few talents dalam video tu confirmkan it is FAKE… dah lah tak dapat bayaran? Betul lah orang lama selalu kata… b0d0 is FREE. Tapi jangan lah sampai borong semua,” katanya.
Sebelum ini, gadis berusia 22 tahun itu berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada Rabu, 5 Februari selepas hilang sejak tiga hari lalu di dalam semak samun hutan Bandung, Indonesia.
Ammar berkata dia menyedari kehilangan Eyka atau nama sebenarnya, Nur Syafiqah pada jam 2 pagi semasa melakukan aktiviti paranomal itu.
Difahamkan, seramai 20 orang telah mengikuti membuat akviti tersebut namun hanya 7 orang sahaja yang memasuki hutan dan salah seorang adalah Eyka ketika itu sedang datang bulan.
@tkahamarr Replying to @qasehrawrrr Alhamdulillah Allah Maha Besar #eykasarawak #ammarnazhan #arasz #paranormal