Usahawan dan pelawak, Shuib berkongsi mengenai keadaan tangan kanan anak bongsunya, Ayash Affan yang kurang berfungsi sejak lahir.
Menerusi sebuah video siaran langsung yang tular di TikTok, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, menceritakan ada berlaku sedikit komplikasi terhadap Ayash yang dilahirkan secara pra matang, iaitu enam bulan lebih awal.
“Dulu ramai orang tanya pasal tangan kanan Ayash. Anak bongsu saya ini dilahirkan tak pramatang, lahir masa enam bulan. Sebenarnya dia adalah bayi miracle, sangat-sangat miracle. Masa awal kelahiran tangan kanan dia tak berfungsi.
“Doktor yang sambut Ayash semasa pembedahan ketika itu memberitahu saya, Ayash tak bernafas lebih kurang lapan saat jadi mereka masukkan tube dari hidung dan tembak di paru-paru baru dia dapat bernafas,” katanya.
Bagaimanapun, Shuib meluahkan rasa syukur apabila kondisi tangan kanan anaknya sudah semakin membaik, tidak seperti dahulu.
“Sekarang Alhamdulillah dia dah banyak pakai tangan kanan, kalau dulu dia genggam saja, sekarang dah buka sikit.
“Dulu masa umur dia dua tahun bila dia jalan sebelah kanan ada senget sikit. Dia dah semakin sihat, tangan dah banyak fungsi,” ujarnya.
Meskipun lahir tidak cukup bulan, namun Shuib berkata Ayash seorang anak yang cerdik dan tidak pernah menyusahkan dirinya dan isteri, Watie Hanifiah.
“Walaupum lahir tak cukup bulan tapi dia sangat bijak dan baik. Ayash cepat belajar… Mummy (Watie) rasa bertuah sangat, tak pernah menyusahkan langsung.
“Iya dia speech delay sikit tapi so far dah sebut banyak perkataan contohnya ABC dan Daddy,” katanya.
@ayashaffans2 Daddy explain kenapa dengan tangan kanan Ayash #shuibsepahtu #ayashaffan #anakbijakpandai
Sekadar info, Allahyarham Siti Sarah terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan bayi selepas ditidurkan akibat saluran oksigen yang rendah gara-gara dijangkiti wabak COVID-19.
Allahyarham Siti menghembuskan nafas terakhir pada Isnin, 9 Ogos 2021.
Shuib dan Allahyarham Siti mberkahwin pada 26 Februari 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seramai empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.