[VIDEO] Aina Abdul Sedih Bakat Sering Dibandingkan Dengan Penyanyi Wanita Lain

[VIDEO] Aina Abdul Sedih Bakat Sering Dibandingkan Dengan Penyanyi Wanita Lain

Penyanyi bersuara emas, Aina Abdul mengakui hatinya sedikit terusik apabila namanya sering dibandingkan dengan penyanyi wanita lain dalam industri muzik tempatan.

Dalam temu bual eksklusif bersama podcast Confession Bilik Gelap, Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, meluahkan rasa kurang senang apabila seorang rakan seindustri turut menjadi ‘mangsa’ perbandingan ini.

Biarpun hubungan mereka baik, Aina berkata situasi tersebut kadangkala mencetuskan rasa janggal yang sepatutnya tidak wujud.

“Saya rasa sedih. Kalau kita perhatikan, setiap kali ada perbandingan, selalunya penyanyi wanita yang menjadi topik utama dan itu yang paling menyedihkan.

“Jarang kita dengar penyanyi lelaki dibanding-bandingkan sebegini. Penyanyi yang disebut itu kawan saya, dan saya sendiri tidak pernah rasa janggal dengannya. Tapi kerana cakap-cakap orang, situasi itu tiba-tiba menjadi awkward,” katanya.

Pelantun lagu Puas Sudah itu turut mempertikaikan sikap segelintir pihak yang lebih cenderung mencari kelemahan berbanding menghargai usaha mereka dalam berkarya.

“Kami pun ada cabaran sendiri untuk menembusi industri ini. Dah buat yang terbaik, tapi bila orang tak faham apa yang kami cuba bawakan, mereka lebih suka fokus pada kelemahan kami.

“Itu yang buat saya rasa tak sihat dan, sejujurnya, saya betul-betul tak suka perasaan itu,” luah Aina.

Dalam perkembangan lain, Aina merupakan salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang bakal mempertaruhkan lagu Puas Sudah.

Jangan lupa saksikan AJL39 secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad ini, hanya di TV3!

Scroll to Top