London: Virgil van Dijk menegaskan beliau mahu kekal di Liverpool, namun segalanya masih samar.
Kontraknya bakal berakhir hujung musim ini bersama dua lagi tonggak utama iaitu Mohamed Salah dan Trent Alexander-Arnold.
Difahamkan perbincangan dengan trio berkenaan masih lagi berjalan.
Bulan lalu Salah mengesahkan dirinya masih belum ditawarkan kontrak baharu, begitu juga Alexander-Arnold dengan masing-masing bersedia membuat rundingan bersama pasukan lain mulai Januari ini.
Begitupun Van Dijk berulang kali mengakui mahu kekal di Anfield dan bersedia menjadi pemain Belanda pertama menjulang trofi Liga Perdana Inggeris bersama pasukan itu.
“Saya sayangkan kelab ini, malah kelab juga menyanyangi saya. Saya sayangkan penyokong kelab ini, begitu juga penyokong menyanyangi saya dan perkara sebegini penting untuk mencapai kejayaan.
“Saya merasakan saya mampu beraksi untuk tiga atau empat musim lagi di peringkat tertinggi ini.
“Kita tunggu dan saya gembira jika terus kekal di sini dan menjadi pemain pertama Belanda menjadi ketua pasukan yang menjulang kejuaraan liga,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd