PETALING JAYA : Utusan Malaysia mengungguli Anugerah Media Pelancongan Perubatan (MTMA) 2023 kategori akhbar pada Anugerah Pelancongan Kesihatan malam ini.
Wartawan Utusan Malaysia, Rosalinda Md. Said dinobatkan sebagai pemenang utama yang menerima trofi serta wang tunai berjumlah RM8,000.
Kemenangan itu menerusi artikel ‘Setiap hari saya berdoa mahu mati’ yang disiarkan di akhbar terbitan Media Mulia Sdn. Bhd.
Anugerah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MTHC), Dr. Ali Mohamad.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.
MTMA dianjurkan MHTC bertujuan mengiktiraf kecemerlangan dalam kewartawanan media tempatan dan antarabangsa serta pempengaruh yang berkongsi cerita mempromosikan pelancongan perubatan di Malaysia.
Lima kategori anugerah dipertandingkan membabitikan Rencana Terbaik Media Cetak, Rencana Terbaik Penyiaran, Rencana Terbaik Dalam Talian (tempatan/antarabangsa), Wartawan Pelancongan Perubatan Terbaik Tahunan dan Pasukan Editorial Pelancongan Perubatan Terbaik Tahunan. – UTUSAN