Utusan Malaysia raih satu Anugerah Mediawave UKM

Utusan Malaysia raih satu Anugerah Mediawave UKM

 

PETALING JAYA:  Wartawan Utusan Malaysia, Rosalinda Md. Said meraih satu anugerah dalam Malam Mediawave Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, malam ini

Rosalinda muncul juara bagi kategori Kupasan Isu Terbaik menerusi laporan Lawan Obesiti Seawal Usia Empat Tahun. 

Dengan kemenangan itu, beliau menerima hadiah wang, trofi dan sijil yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Azlinda Azman dan Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Gs. Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Toriman.

Kategori Berita Terbaik dimenangi oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi (Berita Harian) manakala Rencana Terbaik menjadi milik Muhamaad Razis Ismail  (Harian Metro). 

Program Wawancara Terbaik pula menjadi milik Selamat Pagi Malaysia (RTM) dan Harian Metro meraih Liputan Terbanyak.

Kali terakhir anugerah ini diadakan adalah pada 2016, kira-kira lapan tahun lalu. 

Sementara itu, Mohd. Ekhwan berkata, dari Januari hingga Ogos 204, sebanyak 7,867 petikan UKM disiarkan di media cetak diikuti 5,604 (dalam talian) dan 1,229 di televisyen dengan jumlah keseluruhan sebanyak 14,700. 

Beliau berkata, kebanyakannya melibatkan pendapat-pendapat dari pakar UKM yang sering dirujuk. –UTUSAN

 

Scroll to Top