Kecoh di media sosial mengenai seorang peniaga donat yang didakwa menggunakan tagline dan promosi yang dianggap lucah dan melampau baru-baru ini telah mengundang kritikan ramai.
Perkara ini juga telah menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak yang berpendapat ianya sangatlah tidak sesuai, terutamanya dalam budaya dan agama kita.
Ustaz Jafri Abu Bakar beri teguran kepada usahawan donat
Terbaru! Menerusi Tiktok, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Jafri Abu Bakar juga tampil memberikan teguran kepada peniaga tersebut.
BACA: Netizen Kecam Usahawan Donat Pulau Pinang Guna Marketing Lucah, MCMC Mulakan Siasatan
Menurutnya, menjaga adab terhadap makanan adalah penting sebagaimana yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW sangat menjaga adab ketika berhadapan dengan makanan. Nabi juga mengajar kita untuk menggunakan tangan kanan, guna bahasa yang baik, mulakan dengan Bismillah dan beberapa lagi adab lain.
Beliau juga berkata yang Nabi Muhammad SAW melarang umatnya mencela makanan, malah baginda sendiri tidak pernah mencela makanan walaupun tidak menyukai hidangan tersebut.
Makanan adalah rezeki yang perlu disyukuri
Ustaz Jafri turut menegaskan yang makanan adalah satu bentuk rezeki yang perlu kita bersyukur dan hargai.
Menurutnya, promosi berunsur lucah seperti itu bukan sahaja tidak beradab, malah bertentangan dengan ajaran agama yang mengajar kita untuk menghormati rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.
Sebab kita diajar dalam agama kita untuk menghormati makanan yang merupakan rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Wajib kita syukuri dan wajib kita hormati.
Beliau juga menasihatkan peniaga itu untuk mencari cara promosi yang lebih beradab dan halal agar perniagaan mereka turut mendapat keberkatan dari Allah.
#OhmediaNasihat
Dalam mengejar keuntungan, jangan sesekali kita melupakan adab dan nilai-nilai agama. Setiap makanan adalah rezeki yang perlu dihormati dan disyukuri.
Jangan kerana ingin melariskan perniagaan, kita mengabaikan prinsip-prinsip ini. Carilah cara promosi yang baik dan tidak melanggar batas agama agar keberkatan sentiasa mengiringi usaha kita dalam berniaga.