Uqasha Senrose Kesal Terpalit Dakwaan Rumah Tangga Bergolak – “Biar Orang Buat Kita, Allah Maha Adil”

Uqasha Senrose Kesal Terpalit Dakwaan Rumah Tangga Bergolak – “Biar Orang Buat Kita, Allah Maha Adil”

Pelakon jelita, Uqasha Senrose terkilan apabila timbul dakwaan mengatakan rumah tangganya bersama aktor, Kamal Adli sedang bergolak.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Uqasha mempersoalkan siapakah gerangan individu yang menyebarkan tuduhan sedemikian.

“Didakwa bergolak? Siapa dakwa? Hahaha tak pasal-pasal kena juga ek,” katanya.

Uqasha Senrose

Dalam masa sama, ibu anak satu ini turut berkongsi paparan video temu bual Kamal bersama portal hiburan yang mengulas mengenai isu tersebut.

Uqasha sempat berkongsi pesanan yang sering dinasihati oleh suaminya iaitu untuk tidak membalas perbuatan orang lain.

“Thank you sayang, macam abang (Kamal Adli) selalu nasihat saya, ‘biar orang buat kita, Allah itu Maha Adil,” tulisnya.

Uqasha Senrose

Sebelum ini, Uqasha didakwa telah memukul pembantu peribadinya selepas namanya tular dalam sebuah laporan polis pada 14 Ogos lalu.

Sekadar info, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Hawra Uqaira yang baru dilahirkan pada April lalu.

Uqasha sebelum ini pernah mendedahkan dia mengalami keguguran sebanyak dua kali.

Artikel Berkaitan: “Rentap Tudung, Meludah” – Laporan Polis Tular, Uqasha Senrose & Aprena Manrose Didakwa Pukul Pembantu Peribadi

Artikel Berkaitan: Berang Difitnah, Uqasha Senrose ‘Londehkan’ Pembantu Peribadi  – “Masuk Bilik Sesuka Hati, Pakai Baju Tidur Orang”

Artikel Berkaitan: Nafi Diri Baik, Uqasha Senrose Anggap Tuduhan Tumbuk Pembantu Peribadi Sangat Keterlaluan

Scroll to Top