Untung Dik! Hannah Yeoh Sumbang RM20,000 Bina Lorong Boling Di Sekolah Ini

Untung Dik! Hannah Yeoh Sumbang RM20,000 Bina Lorong Boling Di Sekolah Ini

Tak perlu modal ribuan ringgit kalau diri sendiri tu dah terlalu kreatif! Kalau anda perasan baru-baru ini tular juga mengenai seorang ustaz yang mempunyai idea bernas apabila dia membina tempat bermain boling (DIY) di sekolahnya!

Idea kreatif seorang Ustaz, Wan Roslan Wan Ishak atau lebih mesra disapa Ustaz Wan ini betul-betul out of box! Demi anak-anak muridnya, dia sanggup mengeluarkan belanja sendiri agar anak muridnya itu boleh mengasah bakat dalam sukan boling.

Fuh, alang-alang dia sendiri pun meminati sukan boling ni, tidak salah sekiranya dia kongsi sukan yang diminaninya itu bersama anak muridnya kan?

Kira okay sangatlah gais, at least anak-anak murid ni ada perkara berfaedah yang boleh dibuat. Daripada duduk melepak dengan kawan sekadar sembang kosong jer kan? Kalau hari-hari camni pun lama-lama otak anak-anak pun gagal berkembang. Setuju tak dengan kami?

Sanggup Bersusah-payah

Kalau anda nak tahu, Ustaz Wan pernah pernah membawa anak muridnya ini untuk bermain boling pada 2015. Tapi disebabkan jarak yang terlalu jauh (60 kilometer) dari sekolah mereka, anak-anak muridnya cepat penat dan dia sendiri pun kadang-kadang terpaksa balik sampai malam.

@one76_r1??? Having Fun – Cute Music for Kids

Memetik artikel dari Harian Metro, Ustaz Wan berkata bahawa dia minat sangat sukan boling ni dan dia sendiri mewakili negeri dalam Kejohanan Sukan Dan Kebudayaan Pegawai Pendidikan.

“Sebab itu saya nak anak murid saya juga berjaya dalam acara boling sebab itu saya sanggup bersusah payah hinggalah timbul idea untuk buat satu lorong boling di sekolah ini pada 2021.”

Kalau anda nak tahu, bukan senang tau nak melatih anak-anak murid diluar bandar bermain boling ni. Sebabnya tiada kemudahan terdekat untuk mereka berlatih dan sebab itulah Ustaz Wan sanggup mengeluarkan modal membina lorong boling yang diperbuat daripada papan lapis bersaiz tebal, paip PVC dan simen ini.

“Papan lapis itu saya lapikkan dengan kayu lebih tebal dan pastikan rata dan panjang mengikut saiz standard 60 kaki (18.29 meter). Paip PVC saya isikan simen dan jadikan pelapik bola boling. Saya buat di dewan sekolah dan lorong boling ini boleh dialihkan,” katanya yang juga Guru Pendidikan Islam di sekolah tersebut.

Apa yang paling kami kagumi adalah selain bola, platform dan pin, terdapat juga satu rel yang digunakan untuk menghantar semula bola kepada pemain selepas melontarkannya seakan tempat bermain boling yang sebenar. Pergh, gila gempak lah!

Oh ya, kalau anda nak tahu bola dan pin boling ada yang dia sendiri beli dan ada juga yang diberikan oleh pusat boling. Mana yang mereka dah tak pakai, mereka berikan padanya. Bagusnya.

Dapat Sokongan Padu

Ustaz Wan pun ada cakap yang dia mendapat sokongan padu daripada guru-guru lain di sekolah tersebut untuknya membina tempat main boling walaupun dalam serba kekurangan. Mereka juga mahu membuktikan yang pelajar ‘sekolah kampung’ pun boleh berjaya dalam apa juga bidang sukan!

Pada 2023 Ustaz Wan menambah satu lagi lorong boling memandangkan ia mendapat sambutan hangat bukan sahaja untuk kegunaan latihan atlet boling di sekolahnya, tapi untuk pelajar lain yang turut teruja dan ingin mencuba permainan tersebut.

Terbaharu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengambil perhatian terhadap usahanya awal tahun ini dan memberikan RM20,000 untuk membantunya membina lebih banyak lorong boling di SK Nami di Kedah.

Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh

Ustaz Wan turut berkongsi bahawa dia telah menggunakan dana itu untuk membina lima lorong tambahan, bersama dengan lima rel yang bertindak sebagai longkang, dan membeli lima troli, sembilan bola boling, dan tiga beg bola boling, antara peralatan lain.

Kredit video: SAYS

Usaha Tak Sia-sia

Usaha Ustaz Wan ni memang tak sia-sia tau. Anak didiknya sering berjaya dalam kejohanan disertai termasuk sehingga ke peringkat daerah! Wah, memang terbaiklah!

“Tahun lepas kita dapat juara peringkat daerah kategori lelaki dan perempuan dan kami berharap untuk dapat pergi lebih jauh selepas ini,” katanya.

Sementara itu Guru Besar SK Nami Azizah Nik Ishak berkata pihaknya memberikan sokongan penuh kepada guru-guru yang ada inisiatif sendiri demi memajukan murid dalam apa juga bidang sama ada akademik atau sukan.

“Sekolah kami ini sekolah kampung, pelajar ada 187 orang sahaja dan kemudahan pun terhad. Ada murid yang tak pernah tahu pun apa itu boling dan bila ada usaha macam Ustaz Wan buat ini, saya amat menyokong kerana ia memberi pendedahan yang baik kepada murid-murid.

Jelas Azizah, kalau di bandar besar, murid-murid mungkin dah biasa dengan boling, tapi di kampung ini, ada yang tak pernah sampai ke Alor Setar pun, memang mereka tak pernah pun main boling. Jadi bila ada tempat main boling di sekolah, mereka ada aktiviti, waktu rehat ni taklah bermain sana sini.

“Ustaz Wan mengajar murid teknik dan cara betul bermain boling kerana dia sendiri adalah atlet boling, dan buktinya kami berjaya dalam beberapa kejohanan dan berharap murid kami dapat mewakili negeri suatu hari nanti sekaligus membuktikan budak sekolah kampung juga mampu berjaya,” katanya.

Kredit Imej: BERNAMA

Scroll to Top