Demam Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) semakin membara! Perdebatan tentang siapa bakal membawa pulang trofi kejuaraan terus hangat diperkatakan, dan nampaknya Aina Abdul menjadi pilihan utama peminat!
Dalam tinjauan tidak rasmi yang dijalankan menerusi Instagram Story TV3 (@tv3malaysia) dari 6 hingga 11 Februari 2025, hampir 30,000 peminat telah memberikan undian mereka, sekali gus meletakkan Aina Abdul sebagai calon paling digemari untuk merangkul gelaran juara.
Sokongan luar biasa ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Dengan vokal yang luar biasa, persembahan yang memukau, serta kekuatan lagu yang penuh emosi, Aina sekali lagi membuktikan kehadirannya di pentas seni bukan sekadar biasa-biasa. Peminat muzik tanah air terus menyuarakan keyakinan bahawa bintang ini mampu menggegarkan AJL39!
Namun, pemenang sebenar masih bergantung kepada pemarkahan juri profesional yang menilai dari sudut teknikal dan artistik. Walaupun undian media sosial tidak menentukan keputusan rasmi, trend ini sering menjadi petunjuk kuat terhadap lagu yang benar-benar mencuri hati pendengar.
Jadi, persoalannya, adakah Aina Abdul bakal menjulang trofi AJL39 sekali lagi? Atau adakah kejutan lain bakal berlaku di pentas penuh prestij ini?
Tandakan tarikh 16 Februari 2025 dalam kalendar anda dan saksikan AJL39 secara langsung! Dapatkan tiket anda sekarang di www.wowtix.com.my dan jangan lupa ikuti perkembangan terkini di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Mari cipta gelombang di media sosial! Gunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa dan kongsi ramalan anda siapakah juara sebenar AJL39?