Umur Dah 3 Tahun, Netizen Kasihan Anak Shuib Masih Tak Pandai Bercakap

Umur Dah 3 Tahun, Netizen Kasihan Anak Shuib Masih Tak Pandai Bercakap

Komen seorang netizen menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa kasihan terhadap anak bongsu Shuib iaitu Ayash Affan yang kini berusia 3 tahun  dikatakan masih belum boleh bertutur.

Difahamkan, komen tersebut ditinggalkan oleh netizen di Instagram isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah.

Menerusi komen berkenaan, netizen itu bertanyakan sama ada Ayash sudah pandai bercakap atau pun tidak serta mempersoalkan  sama ada diajar bertutur. 

Komen individu tersebut mendapat reaksi daripada Watie yang meminta tidak perlu kasihan dengan Ayash kerana dia ada keluarga yang menyayanginya serta mengambil berat.

Sementara itu, Watie turut mengatakan setiap anak lain kepandaian mereka serta meluahkan rasa syukur anak individu berkenaan sudah pandai mengaji pada usia tiga tahun.

SUMBER: Ohmymedia


Scroll to Top