Ukraine guna ATACMS ke atas Rusia buat pertama kali

Ukraine guna ATACMS ke atas Rusia buat pertama kali
Ukraine guna ATACMS ke atas Rusia buat pertama kali

Konflik Rusia-Ukraine dijangka semakin meruncing setelah pentadbiran Presiden AS, Joe Biden membenarkan Ukraine untuk menggunakan misil jarak jauh ATACMS tersebut. Foto Agensi

KIEV – Ukraine menggunakan misil Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) dibekalkan Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali untuk melancarkan serangan ke atas Rusia ketika peperangan antara kedua-dua negara itu memasuki hari ke-1,000 pada Selasa.

Pertempuran makin sengit antara Kiev dan Moscow setelah Rusia menembak jatuh lima daripada enam peluru berpandu yang menyasarkan kemudahan tentera di wilayah Bryansk.

Ukraine mendakwa ia turut membedil depot senjata di tengah Rusia yang turut mencetuskan letupan sekunder.

Kremlin dalam satu kenyataan memberi amaran tegas ia akan bertindak balas terhadap provokasi melampau Kiev tersebut.

“Kami akan menjadikan ia sebagai fasa baharu kualitatif perang Barat terhadap Rusia. Kami akan memberi respons sewajarnya,” kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov.

Konflik Rusia-Ukraine dijangka semakin meruncing setelah pentadbiran Presiden AS, Joe Biden memberi lampu hijau kepada Ukraine untuk menggunakan misil jarak jauh ATACMS tersebut.

Sebelum ini, Moscow menyatakan penggunaan senjata sedemikian memerlukan sokongan operasi AS secara langsung, sekali gus menjadikan Washington sebagai ‘musuh’ Rusia dalam peperangan tersebut. – Agensi

Scroll to Top