Tupperware Dijangka Fail Bankrap Lepas Kurang Permintaan, Tanggung Hutang RM2.9 Bilion | Oh! Media

Tupperware Dijangka Fail Bankrap Lepas Kurang Permintaan, Tanggung Hutang RM2.9 Bilion | Oh! Media

Jenama terkenal dalam kalangan mak-mak seluruh dunia, Tupperware dijangka bakal menfailkan muflis minggu ini.

Menurut sumber Bloomberg, tindakan itu diambil selepas syarikat berusaha selama setahun untuk menghidupkan kembali perniagaan yang terjejas teruk.

Tupperware dikatakan mengalami kekurangan permintaan terhadap produknya dan terpaksa menanggung hutang melebihi AS$700 juta (RM2.9 bilion).

Memetik laporan Berita Harian, perancangan menfailkan bankrap belum muktamad dan boleh berubah kerana mereka kini sedang melakukan rundingan lanjut.

Terdahulu, Tupperware telah mendapatkan perlindungan daripada mahkamah selepas pihaknya melanggar syarat hutang. Tupperware juga telah mendapatkan nasihat undang-undang dan khidmat pakar kewangan.

Selain itu, rundingan dengan beberapa pihak yang memberikan pinjaman juga dibuat bertujuan untuk mencari cara untuk menguruskan hutang.


Scroll to Top