Tunku Azizah sediakan 3,000 bubur lambuk di Penjara Marang

Tunku Azizah sediakan 3,000 bubur lambuk di Penjara Marang

KUALA TERENGGANU – Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandari berkenan memasak dan menghasilkan 3,000 bubur lambuk kepada penghuni Penjara Marang semalam.

Baginda bercemar duli  berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Penghuni di Penjara Marang menerusi Program Air Tangan Tengku Ampuan Pahang yang julung kali diadakan.

Menerusi Facebook Kesultanan Pahang, Tengku Ampuan Pahang turut berkenan melawat Kompleks Songket Penjara Marang serta menyantuni banduan di situ dengan mengurniakan kuih raya dan kerepek.

Turun berangkat, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, dan dua anakanda, Tengku Nadhirah Zahrah Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin serta Tengku Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Zainal Abidin.  – MalaysiaGazette

Scroll to Top