Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas sumbangan dalam memperkasakan serta memartabatkan seni warisan budaya pada peringkat antarabangsa.
Anugerah itu disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor, kampus induk UiTM pada 13 November 2024.
Sultan Ibrahim ketika bertitah pada istiadat berkenaan turut menzahirkan ucapan tahniah terhadap pencapaian Tunku Azizah yang juga adinda Seri Paduka Baginda, kepada industri seni kreatif negara.
Turut berangkat pada istiadat berkenaan ialah Pro-Caanselor UiTM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.
Prof Datuk Dr Shahrin Sahib ketika mempersembahkan anugerah memaklumkan penganugerahan itu sebagai mengiktiraf sumbangan meluas Tunku Azizah dalam bidang seni tekstil dan seni kraf tradisional antaranya menerusi penglibatan aktif dalam menaungi beberapa organisasi di dalam dan luar negara bagi memartabatkan seni warisan negara itu.
Beliau berkata sumbangan signifikan Tunku Azizah dalam memasyyurkan kain tenun Pahang Diraja telah diiktiraf melalui Anugerah Ikon Kraf 2019 daripada Majlis Kraf Dunia di India sekali gus mengangkat martabat kesenian warisan tradisi negara ke tahap yang tinggi.
âPada 2006, Tenun Pahang telah mendapat pengiktirafan diraja dan dikenali dengan nama Tenun Pahang Diraja sekali gus mengangkat martabat seni tekstil ini pada peringkat yang lebih tinggi,â katanya.
Sumbangan Tunku Azizah turut terbukti melalui penubuhan Institusi Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Afzan terletak di Kompleks Budaya Pulau Keladi, Pekan, Pahang yang berperanan untuk memberi ilmu kepada generasi muda agar seni tradisi itu tidak hilang ditelan zaman.
Kemahiran seni tangan Tengku Ampuan Pahang itu turut diterjemahkan melalui Projek Tenun Pahang yang telah diperluas kepada penghuni penjara Penor dan Bentong serta beberapa penjara lain.
âMinat yang mendalam ini juga telah membawa kepada penubuhan syarikat yang menghasilkan kain tenun dikenali Che Minah Sayang. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan masyarakat menghasilkan karya yang bermutu untuk dikomersilkan,â kata Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.
BACA JUGA: Tengku Ampuan Pahang Berkenan Berangkat Merasmikan Islamic Fashion Festival (IFF) 2024
Sumber: Bernama
Â
Â
Download seeNI sekarang!
Popular di aplikasi TikTok dengan mempunyai jumlah pengikut melebihi sejuta, Norhidayatul Asmiera Md Asadzzman Hoque,19, yang mesra disapa Angah ini menjadi tular di kalangan warganet apabila dia dipelawa menjadi model koleksi hijab terbaharu milik pasangan usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida.
Ramai yang terpesona apabila melihat fotonya yang ayu berhijab disebabkan penampilannya sebelum ini yang berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki.
Sudah lali dikecam kerana berimej sedemikian, Angah tidak pernah mengambil hati malah menerima segala kritikan dengan hati terbuka. Dia juga melihatnya dari sudut positif agar dapat berubah ke arah kebaikan suatu hari nanti.
Â
@hell0angah0.2â¨âŹ original sound â Fadhilah Intan â¨
Jelas Angah, dia bukanlah seorang yang kasar dan ganas cuma dia memang selesa dengan imejnya yang sebegini sejak dari usia 12 tahun lagi.
âKeluarga selalu tegur. Apa yang salah pasti mereka tegur. Mak saya pun membantah. Dia selalu minta saya pakai tudung. Tapi mak ayah tahu yang suatu hari nanti saya akan berubah. Kita sendiri tahu mana yang baik dan buruk,â jelasnya yang mengusahakan perniagaan bundle dan kosmetik ini.
Selain itu, Angah juga berasa terharu apabila ada netizen yang sudi mendoakan untuknya dan memberikan kata-kata semangat agar dia mengubah penampilan suatu hari nanti.
âApa yang saya buat, saya tak harapkan penilaian orang tapi saya buat untuk kepuasan diri sendiri. Saya tak pernah hiraukan kecaman dan segala teguran netizen saya terima.
âMana tahu doa salah seorang daripada mereka diangkat Allah. Saya sentiasa mengharapkan doa-doa mereka semua. Saya berpegang kepada satu kata-kata, kita hidup kena santai, jangan sampai kena bantai,â ujarnya kepada mstar.
kredit: mstar online
Â
Â
Download seeNI sekarang!
Pereke fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim bukan sahaja terkenal dengan kepakarannya mereka busana yang cukup indah, tetapi juga sebenarnya beliau juga bijak memasak di dapur.
Baru-baru ini pereka fesyan tersohor Datuk Rizalman muat turun rasa rasa terujanya dan dalam masa sama terharu apabila Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah mencemar duli memasak di kediamannya.
Beliau berkongsi pengalamannya itu di laman sosial Instagram miliknya yang memaklumkan Tunku Azizah telah memasak lima jenis lauk dalam masa setengah jam sahaja.
Pereka fesyen ini juga terharu apabila Raja Permaisuri Agong berkenan  mencemar duli memasak di kediamannya.
Malah Datuk Rizalman turut menggambarkan personaliti Baginda dengan menyiarkan video yang diambil bersama Raja Permaisuri Agong yang sedang memasak.
Reaksi netizen yang turut berkongsi kegembiraan melihat Raja Permaisuri Agong yang tidak kekok menyediakan hidangan berkenaan dan Datuk Rizalman cukup bertuah berpeluang bersama Baginda.
makeupbyzarifahmr Kalau saya ni dah tak keruan tuanku mai dapoq. halia dengan lengkuas pun dah takleh nak beza
surianie40330Â Bertuahnya dato..semua syg kat dato..Alhamdulillah
suzaityibrahim Tuanku lambang wanita melayu terakhir. Ampun Tuanku. sgt meminati.
noralizaali Bertuahnya Dato dpt Permaisuri bertandang d rumah. Siap masak sama2 sekaliâŚ.sesuai dgn rumah dan dapur mcm mahligai untuk sambut Permaisuri yg kita sayangi. She is so beautiful. MasyaAllah
memewani Sukaaaaaa sangat bila tuanku masak. Semua yang tuanku masak nampak oh so sedapppp
naelofarhijab_bbbangi How grateful we are to have such a humble Queen like tuanku.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM RIZALMAN IBRAHIM
Download seeNI sekarang!