Tunai Umrah, Mamat & Isteri Doa Dikurniakan Zuriat

Tunai Umrah, Mamat & Isteri Doa Dikurniakan Zuriat

Diberi peluang menunaikan ibadah umrah buat kali kedua dan kali ini bersama isteri tercinta, Nordiana Ibrahim, pelawak Mamat Sepah meluahkan rasa syukur.

Memetik Harian Metro, Mamat menyifatkan rezeki menunaikan umrah kali ini adalah hadiah istimewa daripada Allah dan dia mahu berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh solehah.

BACA: Hutang Puluhan Juta, Mamat Nak Doakan Shuib Di Tanah Suci

“Dulu saya pergi 10 tahun lalu pada tahun 2015. Alhamdulillah saya bersyukur kali ini Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki akhirnya dapat pergi bersama isteri tercinta pada tahun ini.

“Lebih istimewa pada umrah kali ini, dan sama macam pasangan suami isteri lain saya dan isteri insya Allah akan banyak doakan agar hidup kami diberkati, kekal bahagia hingga syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah,” katanya.

Sementara itu, Mamat berkata sebelum ini dia pernah menyimpan hasrat untuk bernikah di Makkah namun terpaksa melupakan impiannya itu kerana kekangan undang-undang ketika itu.

“Dulu saya pernah ada niat nak nikah di Makkah tetapi kerajaan tidak benarkan waktu itu jadi tidak dapat nikah di sana, jadi dapat bulan madu pun dah cukup,” katanya.

Mamat menunaikan ibadah umrah bersama isteri serta Shuib sekeluarga yang ditaja sepenuhnya oleh Nuh Travel & Tours Sdn Bhd.

SUMBER: Harian Metro


Scroll to Top