Pelakon lelaki, Hafidz Roshdi yang didakwa menumbuk isterinya sebanyak tiga kali sehingga mengalami kecederaan akan di dakwa pada Isnin depan.
Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan yang pelakon berusia 29 tahun itu didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu.
“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.
Terdahulu, Hafidz dipercayai menumbuk isterinya, Nurul Shuhada Mohd Shukri sehingga menerima 10 jahitan ketika di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Sungai Buloh.
Dia dikatakan naik angin selepas isterinya mengangkat panggilan telefon sewaktu mereka sedang berbincang di dalam kereta.
Shuhada telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut di Balai Polis Jinjang mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata.
Hafidz telah ditahan kira-kira jam 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan setelah memberi keterangan.
Sumber: Harian Metro (Muhamaad Hafis Nawawi)