Tular video dakwa budak lelaki didera di rumah amal, dada dipijak dengan lutut

Tular video dakwa budak lelaki didera di rumah amal, dada dipijak dengan lutut

Tular di media sosial mengenai dakwaan seorang budak lelaki didera di rumah amal sehingga mengundang kemarahan ramai.

Berdasarkan video berdurasi seminit 10 saat itu, dilihat kanak-kanak lelaki dipercayai menghuni rumah kebajikan diserbu sepasukan polis menerusi Op Global baru-baru ini didera.

Video tular berkenaan jelas memaparkan penderaan dialami kanak-kanak lelaki yang terpaksa menahan kesakitan apabila ditindih dengan lutut oleh seorang lelaki dewasa disyaki penghuni premis.

Hidung kanak-kanak lelaki itu juga ditutup dalam keadaan mangsa menangis teresak-esak.

“Kenapa menangis, nak mati ke?,” katanya pelaku.

Tidak cukup dengan itu, video berikutnya memaparkan beberapa kanak-kanak dirotan lebih 10 kali oleh seorang lelaki sambil menahan kesakitan.

memaparkan beberapa kanak-kanak dirotan beberapa kali oleh seorang lelaki lebih 10 kali sambil menahan kesakitan.

Artikel lain: “Kami berdoa kepada Allah agar segala fitnah, tohmahan dapat dinoktahkan” -GIBSH

Budak lelaki didera di rumah amal

Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan berhubung video terbabit dan akan melakukan siasatan lanjut.

“Ada banyak lagi penderaan. Kita akan buat laporan untuk memulakan siasatan (berhubung kes penderaan).
“Saya akan minta pegawai pasukan khas untuk membuat laporan (berhubung perkara itu),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Tambah beliau, pihak polis juga akan mengesan kanak-kanak lelaki terbabit dalam kalangan mangsa yang berjaya diselamatkan sebelum ini.

Pada masa sama, beliau mendedahkan pelbagai bentuk penderaan turut dialami kanak-kanak yang diselamatkan dalam operasi Op Global dijalankan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, 13 daripada kanak-kanak terbabit disyaki telah diliwat berdasarkan saringan perubatan yang dilakukan.

Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin), FB PUKAS Malaysia

Scroll to Top