Kecoh diperkatakan hari ini apabila selebriti popular, Ellie Suriaty menuntut ibu bapa pempengaruh Imran Bard membuat permohonan maaf.
BACA: Imran Bard Rasa Nama Ellie Suriaty Disebut Dalam Konten Bukan Perkara Besar
Ellie berkata, hantaran TikTok yang dibuat pempengaruh berkenaan telah mencalar nama baiknya dan memperlekeh reputasi yang dibina lebih tiga dekad sebagai anak seni.
Dua video parodi Imran Bard guna nama Elly Suriaty tular semula
Susulan itu, netizen mula ‘menggali’ semula kandungan lama Imran Bard dan menemui dua video parodi yang memetik nama Ellie Suriaty.
Dalam video tersebut, Imran memainkan peranan sebagai juri dalam sesi uji bakat nyanyian, di mana peserta bernama ‘Ellie Suriaty’ ditegur kerana nyanyiannya yang tidak memuaskan.
Video parodi ini dimuat naik di TikTok pada 12 Februari dan sudah mencapai tontonan sebanyak 1.3 juta. Ianya tular semula dan muncul di FYP pengguna TikTok menyebabkan ianya kembali diperkatakan.
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan netizen berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik. Menurut netizen, mungkin ianya hanyalah video parodi biasa tanpa merujuk kepada sesiapa.
Terdahulu, Imran Bard berkata dia tidak sangka perkara ini menjadi besar. Imran juga memaklumkan bukan nama Ellie Suriaty sahaja yang disebut tetapi dia turut menyebut nama-nama artis veteran lain yang dia hormat.
