Tular di media sosial insiden mencurigakan yang berlaku di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali Selangor ketika solat subuh.
Menerusi perkongsian, seorang lelaki dilihat menceroboh masuk ke ruang solat wanita ketika jemaah sedang solat dan melarikan seorang kanak-kanak.
Rakaman CCTV dedah pergerakan mencurigakan
Perkongsian turut menyertakan gambar suspek yang memakai baju belang kuning hitam bersama kopiah putih.

Lebih mengejutkan, suspek dikatakan cuba membuat cubaan perkosa di rumah ibadah sehingga mencetuskan rasa marah netizen.
Punca kenapa masjid kena ada CCTV
Setakat ini perkongsian telah meraih hampir 8,000 perkongsian dan ribuan komen lain. Netizen menggesa siasatan dijalankan dan suspek ditangkap dengan segera.

Difahamkan, rakaman CCTV mengenai kejadian telah dipadam untuk menjaga aib dan sensitiviti mangsa.
