Tujuh konsortium hantar cadangan projek HSR KL-Singapura

Tujuh konsortium hantar cadangan projek HSR KL-Singapura

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh konsortium tempatan dan antarabangsa telah menyerahkan cadangan konsep projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG) kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) pada hari ini.

Kesemua tujuh konsortium itu terdiri daripada 31 firma spekrum penuh projek tersebut.

Hari ini adalah tarikh akhir untuk penyerahan berakhir pada 15 Januari 2024.

Penyerahan cadangan konsep untuk projek HSR KL-SG adalah sebagai tindak balas kepada Permintaan Latihan untuk Maklumat (RFI) yang MyHSR Corp lancarkan pada Julai 2023.

RFI itu mempelawa pemain tempatan dan pemain antarabangsa daripada sektor swasta untuk mengemukakan cadangan konsep HSR KL-Singapura itu berdasarkan inisiatif bersama awam-swasta mengikut model Reka Bentuk-Kewangan-Bina-Kendali-Pemindahan (DFBOT).

Pengerusi MyHSR Corp, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman berkata, penemuan daripada penilaian RFI itu akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Kabinet untuk pertimbangan.

“Sekiranya maklum balas positif, kami akan meneruskan ke fasa kedua dengan Permintaan Cadangan (RFP) untuk mendapatkan cadangan terperinci daripada konsortium terpilih, tambahnya.

RFI itu dilancarkan bagi menandakan inisiatif kerajaan untuk mengaktifkan semula projek HSR KL-SG.

Ia akan dilakukan melalui mekanisme pembiayaan dan model pelaksanaan baharu dalam usaha menambah baik lagi infrastruktur pengangkutan rel dan menggiatkan ekonomi negara. – MalaysiaGazette

Scroll to Top