Netizen tuduh Andika Putera tak faham konsep susulan tindakan pempengaruh media sosial itu menubuhkan komuniti ‘Old Money’ baru-baru ini.
Sebelum ini, Andika telah memuat naik video di Tiktok memaparkan kelab beberapa ahlinya yang memakai pakaian yang pempengaruh itu gelar sebagai penampilan ‘Old Money’.
Andika Putera tak faham konsep ‘Old Money’
@andikaputeraa Geng baru Old Money ⚜️🤩 Baru je Dika tubuhkan Komuniti Old Money tak sampai seminggu pun. Alhamdulillah, ramai yang joindekat 300 lebih ahli dah. Akmal ni pun salah seorang ahli dalam komuniti Dika turun KL haritu join photoshoot untuk Old Money Club. Alang-alang dah sama-sama join Dika photoshoot, Dika ajak dia untuk tangkap reaction orang sekeliling. Jom tengok 😎 Komen ❤️ kalau suka Old Money #oldmoney #komuniti #club #fyp #viral #tiktok
Pada video tersebut, Andika sedang memperkenalkan ahli baharu komunitinya disamping turut merakam beberapa reaksi orang ramai di sekitar ibu kota.
Susulan itu, rata-rata warga maya tidak menyokong kewujudan komuniti tersebut di Malaysia kerana ia tidak memaparkan konsep ‘Old Money’ yang sebenar.
Tubuh geng ‘Old Money’, Andika Putera tak faham konsep
Menerusi satu hantaran di X, saifulhisyam telah memuat naik semula video Andika dan berkata wang tidak boleh beli semua benda termasuk citarasa.
Katanya lagi, gaya yang digelar sebagai elitisme kelas atasan itu juga mendapat kritikan daripada warga di barat walaupun ia berasal dari kawasan tersebut.
“Bila ada duit tapi tak boleh beli citarasa (class).
“Bila nak cuba mengenakan gaya elitisme kelas atasan (ya, ia ada konotasi negatif di barat pun) knitwear atau cashmere di leher ni, bukan di negara tropika bang. Berlecak kesudahannya,” katanya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan kenyataan tersebut disamping berkata ‘Old Money’ di Malaysia lebih suka merendah diri.
Old Money ni kaya sejak keturunan tok nenek moyang mak ayah
Andika Putera tak faham konsep la tu
‘Old Money’ tak jalan2 macam kedai thrift
‘Old Money’ ni kena lahir keluarga yang memang dah kaya
‘Old Money’ takde berusaha nak tunjuk kaya
‘Old Money’ ni cuba jadi marhaen pun masih nampak aura tu
Dalam pada itu, ramai juga yang berkata gaya pakaian seperti itu tidak sesuai dengan cuaca di Malaysia disamping turut menunjukkan salah seorang daripada ahli komuniti itu jelas-jelas berpeluh.
Ada sorang tu memang dah berlecak ketiak
Semua tengok dorang ni sangat berpeluh
Orang tengok bukan teruja tapi rasa panas
Berkicap ketika pakai macam tu
Sebelum ini, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Andika berkata dia menubuhkan komuniti ‘Old Money’ beberapa hari lepas.
Artikel lain: “Tak ada orang lain ke?” – Netizen persoal Adira berguru dengan Andika
Menurutnya, komunitinya sudah memiliki ahli lebih daripada 300 orang walaupun belum sampai seminggu usia penubuhannya.
“Baru je saya tubuhkan Komuniti Old Money tak sampai seminggu pun. Alhamdulillah, ramai yang join, dekat 300 lebih ahli dah,” ujarnya.
Sumber: X saifulhisyam & JatIkhwan, TikTok Andika Putera