“Tu bentuk jahitan, bukan benjolan lain..” – Riena Diana perjelas isu pakaian ‘seksi’

“Tu bentuk jahitan, bukan benjolan lain..” – Riena Diana perjelas isu pakaian ‘seksi’

Pelakon dan penyampai radio Hot FM, Riena Diana tampil menjelaskan berhubung ‘benjolan’ pada busana digayakannya ke acara Anugerah Bintang Popular BH ke 34 (ABPBH34), baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo! Online, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal mengakui banyak menerima teguran daripada warganet apabila didakwa berpakaian tidak senonoh.

“Mungkin ada yang melihatnya sebagai tidak senonoh, tetapi sebenarnya itu adalah bentuk dart (jahitan) busana dipakai saya.
“Oleh itu, saya mengambil pendekatan untuk menjelaskan perkara ini supaya tidak dipanjangkan lagi,” kata pelakon berusia 24 tahun itu.

Pelakon yang popular menerusi watak ‘Lailer’ dalam drama Kampung People itu berkata, pada mulanya dia tidak mengambil kisah mengenai perkara itu namun terdapat segelintir individu bertelagah pada fotonya di laman Instagram.

“Dua hari sebelum itu lagi saya ada membuat fitting (ukuran), jadi mana mungkin saya memakai baju yang seksi dan tidak senonoh begitu.
“Saya akan mengambil langkah berhati-hati pada masa depan supaya tidak menimbulkan salah faham lagi,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online (Sairul Zamri Misrani) , Instagram Riena Diana

Scroll to Top