![TRW wajar bermula semula dari bawah TRW wajar bermula semula dari bawah](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2023/12/24/2472594.jpg)
Laporan Sukan Sinar pada Sabtu. GAMBAR KECIL: MOHD SADEK
KETIKA status Kelantan FC untuk beraksi dalam Liga Super musim depan masih menjadi teka-teki susulan isu Lesen Kebangsaan, The Red Warriors (TRW) mungkin boleh bersedia untuk turun pangkat beraksi dalam saingan Liga M3.
Jika gagal mendapatkan lesen, TRW terpaksa berkorban untuk bangkit membina semula pasukan membentuk struktur yang kukuh daripada aspek kewangan, barisan kejurulatihan dan pemain untuk kembali ke Liga Super dalam tempoh dua atau tiga tahun.
Penganalisis Sukan, Mohd Sadek Mustafa berkata, pasukan itu wajar bermula semula dari bawah, melainkan jika ada keajaiban berlaku transaksi suntikan dana dari mana-mana pihak untuk membantu TRW.
Beliau berkata, jumlah tersebut mungkin mencecah RM20 juta untuk satu musim, namun ia agak berat berbanding bersaing dalam kancah Liga M3 dengan kos yang tidak terlalu tinggi.