Trump menyebut ‘Biden’ 316 kali dalam tempoh 50 hari pentadbirannya

Trump menyebut ‘Biden’ 316 kali dalam tempoh 50 hari pentadbirannya
Trump menyebut ‘Biden’ 316 kali dalam tempoh 50 hari pentadbirannya

Donald Trump, Joe Biden. Foto AP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan telah menyebut nama bekas presiden Joe Biden, sekurang-kurangnya 316 kali dalam tempoh 50 hari pentadbirannya, dengan hampir kesemuanya dalam konteks negatif, menurut analisis yang diterbitkan oleh The New York Times dan dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti.

Dalam tempoh itu, Trump menyebut nama “Biden” secara purata 6.32 kali sehari, menjadikannya antara istilah yang paling kerap digunakannya. Malah, beliau dilaporkan menyebut “Biden” lebih kerap berbanding “Amerika”.

Penganalisis politik daripada Parti Demokrat, James Carville, berpendapat bahawa tindakan Trump itu bertujuan untuk membentuk persepsi awam terhadap sebarang kemungkinan masalah ekonomi yang mungkin timbul susulan dasar perdagangan yang dilaksanakannya.

Sementara itu, pakar strategi Republikan, Kellyanne Conway berpandangan bahawa Trump menyedari tahap populariti Biden yang semakin merosot, justeru beliau sentiasa berusaha untuk mengingatkan rakyat mengenai keadaan negara yang diwarisinya.

Dalam perkembangan berkaitan, semasa tahun pertama pentadbirannya, Biden dilihat mengelak daripada menyebut nama Trump secara langsung dan sebaliknya merujuk kepada beliau sebagai “lelaki sebelum ini”. – Bernama/Sputnik/Ria Novosti

Scroll to Top