Trend penggunaan perkakas pencetakan meluas

Trend penggunaan perkakas pencetakan meluas

saufi@mediaprima.com.my

 

 

Perkakas pencetak ketika ini memainkan peranan yang penting khususnya dalam ekosistem pembelajaran digital serta ruang kerja yang fleksibel.

  Untuk itu, pencetak keluaran Canon antara yang menawarkan kefungsian menyuruh dalam aspek kepenggunaan sehingga kepada teknologi yang tersedia.

  Mendepati cabaran pasaran pencetak, Ketua Divisyen untuk Sistem Perkakas Peribadi Canon, Sandy Lee melihat bahawa pihaknya menggunakan strategi yang bukan sahaja menawarkan harga kompetitif tetapi juga memanfaatkan nilai unik yang ditawarkan oleh Canon

  “Pertama, rangkaian perkhidmatan kami yang meluas untuk pelanggan Malaysia di seluruh negara memberikan kami kelebihan daya saing yang signifikan. 

  “Ini memastikan pelanggan boleh bergantung kepada Canon untuk pengalaman mencetak yang boleh dipercayai dan tidak merumitkan, serta mendapat sokongan segera dan boleh diharapkan, tidak kira di mana mereka berada.

  “Kedua, rangkaian luas penyelesaian pencetakan kami memberi nilai tambah kepada pelbagai segmen sasaran yang berbeza, sama ada untuk kegunaan di rumah, peminat fotografi atau perniagaan,” katanya.

  Menurutnya, Ini membolehkan pihaknya memenuhi keperluan khusus setiap segmen pelanggan dengan penyelesaian yang sesuai.

  Menurutnya, salah satu kelebihan utama ialah pencetak keluaran Canon senang diselenggarakan.

  “Pengguna boleh melakukan sendiri kerja-kerja penyelenggaraan dengan mudah, mengurangkan keseluruhan kos pemilikan dan memastikan produktiviti tidak terganggu dalam jangka panjang. 

  “Pada masa sama, penerimaan besar terhadap segmen pencetak inkjet dan laser diterima meluas di negara ini dan kami sentiasa menerokai peluang pencetakan baharu dengan mengenal pasti keperluan pelbagai sektor yang berbeza,” katanya.

  Tatkala trend industri pencetakan dilihat menuju ke arah kerja pencetakan yang lebih kecil, Sandy berkata, siri inkjet PIXMA dan Maxify direka khusus untuk memenuhi keperluan pengguna di rumah. 

  “Memahami bahawa generasi Milenial dan Gen Z mengutamakan estetik, kami menawarkan pencetak ini dalam pelbagai warna bergaya yang meningkatkan fungsi serta daya tarikan visual. 

  Reka bentuk ini selari dengan pilihan gaya peribadi generasi lebih muda ini, yang menggabungkan prestasi dengan reka bentuk moden bagi memenuhi keperluan praktikal mereka.

  “Siri inkjet Maxify GX dan siri laser imageCLASS kami adalah pilihan yang paling sesuai untuk kegunaan pejabat di rumah dan perniagaan kecil.

  “Pencetak ini direka untuk fleksibiliti, kebolehpercayaan, dan keselamatan, mampu mengendalikan pelbagai kerja pencetakan dengan tepat dan cekap.

  “Selain daripada itu, pencetak kami direka bentuk bagi menjimatkan ruang, menampung keperluan persekitaran kerja yang kompak tanpa menjejaskan prestasi,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd