Pelakon, Lana Nodin tampil membidas kritikan segelintir netizen yang mengecamnya gara-gara membuat trend ‘penguin dance’ ketika memberi duit raya kepada keluarganya.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Lana menepis dakwaan mengatakan tarian tersebut membuat tanda salib dan bukan budaya penganut agama Kristian seperti yang heboh sejak kebelakangan ini.
“Bila aku dah jawab ‘penguin dance’ ni bukan budaya mereka dan-dan je korang twist balik kata ‘oh, bukan budaya Melayu’. Habis, yang terkinja-kinja selama ni dalam media sosial, tergedik dengan jantan belum kahwin tu tak ada pula kau kata bukan budaya Melayu atau budaya Islam?
“Lepas ni siapa buat ‘chicken dance’ pun haramkan bukan adab orang Melayu. Lupa nak bagi tahu, poco-poco pun sama juga pergerakan dia. Tak pula kata salib,” tulisnya.
Bagaimanapun, Lana mempersoalkan netizen yang mengkritik seolah-olah tidak berpuas hati dengan caranya menyambut lebaran.
“Hak pemikiran masing-masing. Raya aku suka aku la nak sambut macam mana. Macam la kau bagi duit raya kat anak-anak buah aku. Ke kau cemburu tengok kami sekeluarga bahagia?,” katanya lagi.