Sekarang ni ramai yang suka ubah gambar jadi versi kartun dan muat naik di media sosial. Tapi dalam seronok-seronok tu, muncul pula persoalan, halal ke haram?
Persoalan ini dijawab sendiri oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang tampil memberi penjelasan lengkap dan berpandangan terbuka tentang isu ini.
Ustaz Azhar Idrus perjelas hukum bergantung pada niat dan tujuan
Ustaz Azhar menjelaskan bahawa hukum menyunting gambar kepada bentuk kartun adalah harus, selagi ia tidak menjejaskan darjat kebesaran Allah SWT atau menjatuhkan maruah seseorang.
Andai kata perkara itu tidak mengurangkan darjah kebesaran-Nya, tidak menjatuhkan maruah orang bahkan menyukakan manusia kepada akhirat, hukumnya adalah harus.
Kalau jadi bahan ejekan, hukum boleh jadi haram

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa hukum boleh bertukar haram jika gambar kartun itu diubah hingga menghina atau merendahkan martabat individu tertentu, apatah lagi jika melibatkan ulama atau ahli keluarga sendiri.
Kalau sampai jadi menghina orang… menurunkan martabat orang yang patut kita muliakan, hukumnya dilarang syarak.
Kunci utama adalah niat dan cara suntingan

Ustaz Azhar turut menyatakan bahawa niat dan cara suntingan memainkan peranan penting dalam menentukan hukumnya. Jika digunakan untuk tujuan baik, tidak timbul isu haram.
#ApaKataOhmedia
Sebelum ubah gambar jadi kartun atau ikut trend semasa, fikir dulu niat dan kesan kepada orang lain. Jangan sampai suka-suka jadi dosa pula. Islam ajar kita untuk bijak dan beradab dalam setiap tindakan.
