‘Topi kalis patukan ular’ jadi penyelamat

‘Topi kalis patukan ular’ jadi penyelamat
‘Topi kalis patukan ular’ jadi penyelamat

Rakaman itu jelas menunjukkan ular tersebut cuba mematuk kepala lelaki itu. Foto Agensi

NEW DELHI – Seorang lelaki yang memakai topi terselamat patukan ular berbisa.

Hindustan Times melaporkan rakaman yang menjadi tular dan dikongsikan akaun Nature is Amazing di platform X turut meraih lebih 330,000 tontonan dan menjadi topik perbincangan hangat warganet.

Menerusi klip itu, individu tersebut dilihat sedang menggunakan telefon bimbit dan tidak menyedari ancaman reptiia berbahaya berkenaan.

Ular itu mematuk kepalanya secara tiba-tiba, namun topi yang dipakainya menjadi ‘penyelamat’ nyawanya.

Kejadian itu turut menakutkan kebanyakan pengguna media sosial dan ramai yang menarik nafas lega kerana lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bayangkan jika dia lihat semula video ini dan mula sedar bagaimana nyawanya seperti di hujung tanduk,” kata seorang warganet menerusi ruang komen.

Seorang lagi pengguna media sosial memberi peringatan kepada yang lain supaya sentiasa berwaspada apabila berada di luar kerana malang tidak berbau.

Selain itu, ada warganet yang cuba berjenaka tentang situasi itu.

“Trend fesyen baharu. Topi kalis patukan ular!” ujarnya. – Agensi

Scroll to Top