Tidak pernah serik menerima kecaman dan kritikan ramai! Itulah yang boleh dikatakan kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri apabila tidak pernah penat untuk mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Baby Sayang.
Terbaharu, usahawan berusia 35 tahun itu memuat naik satu hantaran di platform TikTok miliknya mengenai haluan kerjayanya sebagai ‘penyanyi’ pada masa akan datang sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi perkongsian tersebut, Aliff meminta jasa baik orang ramai bagi memberi sokongan kepadanya untuk memasuk ke sebuah pertandingan muzik tersohor iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) yang diadakan pada setiap tahun.
Malah, dia turut menyatakan keyakinan bahawa anugerah berprestij tersebut pasti tular dengan kehadirannya sebagai salah seorang calon AJL yang bertanding.
“Tolonglah, bagi saya masuk dekat Anugerah Juara Lagu, confirm (pasti) viral,”ujarnya penuh keyakinan.
Dalam pada itu, Aliff mengakui dia memiliki suara yang sedap dan layak untuk bertanding di pentas AJL bersama barisan penyanyi yang lain. Sedar dengan kemampuan ‘suara emasnya’, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman merayu kepada semua supaya menyokong dirinya masuk ke pertandinga tersebut.
“Tolong ya, saya ada suara yang sedap. Tolong sokong saya masuk Anugerah Juara Lagu. Tolong, saya merayu,”ujarnya sekali lagi.
@aliffsyukriterlajaklaris Boleh tak awakk??
Rata-rata warganet meninggalkan komen melucukan di mana ramai tidak sanggup melihat ‘drama’ yang akan dimainkan oleh Aliff Syukri sekiranya mendapat tahu dirinya kalah dalam AJL.
Selain itu, ada warganet meminta agar ‘penyanyi nombor 1’ ini untuk menjaga kelakuan agar tidak memalukan ahli keluarga terutama ibunya iaitu Rozita Ibrahim yang sudah memberi amaran dan teguran kepadanya.
Terdahulu, Aliff mendedahkan dirinya sedih dan terkilan apabila dipanggil ‘hamlau’ oleh penyanyi otai, Datuk Awie yang suka menganggu serta merosakkan indutri seni hiburan tanah air.
Sumber: TikTok @aliffsyukriterlajaklaris