Nama Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Mat menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular gambar beliau merokok di sebuah restoran di Seremban.
BACA: Tular Kelibat Menteri Ini Merokok Di Kedai Makan, Netizen Tuntut Tindakan Tegas!
Perbuatan tersebut ternyata melanggar larangan merokok di premis makanan yang dikuatkuasakan sejak Oktober lalu.
Tok Mat minta KKM kenakan kompaun

Terbaru, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan berjumpa dengan Tok Mat untuk menyerahkan kompaun kesalahan merokok tersebut.
Disahkan Menteri Kesihatan

Apa yang menariknya, Dr Dzulkefly mendedahkan Tok Mat sendiri meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenakan tindakan ke atas dirinya.
Hari ini, pegawai dari PKD Seremban akan jumpa YBM Tok Mat untuk menyerahkan notis kesalahan dan kompaun. Pejabat YBM telah pun maklum. Jujurnya, YBM DS Muhammad Hassan sendiri minta KKM isukan kompaun ke atas kesalahan tersebut dan beliau memberitahu saya, kompaun akan dibayar.
Sikap Tok Mat yang bertanggungjawab ini mendapat pujian ramai netizen. Ada yang kagum dengan ketelusan beliau, namun ada juga yang mengingatkan bahawa kedudukan tidak sepatutnya menjadi alasan untuk melanggar undang-undang.
#OhmediaNasihat
Berani mengaku salah bukan sesuatu yang mudah, tapi ia menunjukkan keperibadian seseorang. Tindakan ini wajar dijadikan contoh bahawa tiada seorang pun kebal dari tindakan undang-undang.
