TMJ: 11 tahun macam-macam alasan dan konspirasi

TMJ: 11 tahun macam-macam alasan dan konspirasi
TMJ: 11 tahun macam-macam alasan dan konspirasi

Kenyataan baginda di laman X.

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail membidas pengurusan kelab yang terus memberi alasan di sebalik kegagalan mengendalikan pasukan dengan baik.

Baginda yang juga Pemangku Sultan Johor berkata, pelbagai alasan dan konspirasi dicipta bagi menutup kelemahan mereka yang menjadi sebab Liga Malaysia (Liga M) sukar maju dan gagal menarik peminat membanjiri stadium.

“JDT menang, stadium dan padang kurang cantik, pemain pasukan tak dapat gaji, players (pemain) tiada gaji dan tak bersemangat, musim hujan, orang jaga kelab tak peduli dan lain-lain.

“Senang cerita macam ni. Kalau rumah jiran kita cantik dan rumah kita tak terurus, gila ke kita nak bakar seluruh kawasan perumahan? Ibarat rumah tak terurus dan tak cantik, ajak orang ramai-ramai duduk di hutan.

“Sendiri tak bayar gaji salahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Kenalkan financial fair play dengan segera, badan pengadil mesti bebas dan bukan di bawah FAM.

“Tak puas hati juga, bayarlah pengadil luar negara. 11 tahun macam-macam alasan dan konspirasi. Ibarat pasukan Bundesliga semua ajak ramai-ramai boikot liga kerana tak boleh cabar Bayern. ‘Mindset is everything’,” katanya dalam satu hantaran di laman X.

Baginda mengulas mengenai kenyataan sebuah pasukan Liga M yang risau dengan situasi kehadiran penyokong ke stadium yang dilihat amat membimbangkan.

Isu kesuraman sambutan penyokong dalam saingan Liga M bukanlah perkara baharu dalam industri bola sepak negara yang menuntut banyak kerja keras dilakukan untuk memastikan stadium kembali meriah dengan kehadiran penyokong.

Scroll to Top