Hari ini mungkin sesuatu yang amat bermakna bagi pasukan bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) dan Kuala Lumpur City (KL City) apabila berentap di Stadium Bukit Jalil bagi menggenggam Piala Malaysia 2021 yang dianjurkan buat kali-100 pada tahun ini.
đ¸ Kesebelasan utama kedua-dua pasukan bagi aksi perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 malam ini! #AksiSetiapDetik #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/eWER7HlLRV
â Team Malaysia (@TeamMsia) November 30, 2021
Perlawanan bagi merebut Piala Malaysia 2021 ini bermula pada jam 9.00 malam tadi dengan kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan persembahan menarik bagi merobek gawang pihak lawan masing-masing.
Namun begitu, KL City dan JDT dilihat terikat dengan kedudukan tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama. Beberapa percubaan berbahaya dari kedua-dua pasukan juga sekadar menggegar gawang.
Namun, pada babak kedua, KL City berjaya memecahkan kebuntuan jaringan gol dengan Zhafri Yahya membantu pasukan mendahului kedudukan.
65′ GOLLLLL KUALA LUMPUR OLEH ZHAFRI YAHYA! #AksiSetiapDetik #TMPialaMalaysia2021
â Team Malaysia (@TeamMsia) November 30, 2021
Pada minit ke-73, Kapten Pasukan KL City, Paulo Josue berjaya membuat JDT lebih merana apabila menyumbat gol kedua buat pasukan.
73′ GOL KEDUA KUALA LUMPUR CITY PAULO JOSUEEEEEEEE! #AksiSetiapDetik #TMPialaMalaysia2021
â Team Malaysia (@TeamMsia) November 30, 2021
Jaringan kekal sehingga ke masa penamat apabila KL City berjaya membolosi gawang JDT dengan kedudukan 2-0. Oleh sebab itu, Piala Malaysia telah berpindah semula ke ibu kota selepas 32 tahun âmerantauâ ke pasukan-pasukan lain.
Sumber: Twitter @TeamMsia