Titah Adendum: AGC telah failkan permohonan ‘gag order’

Titah Adendum: AGC telah failkan permohonan ‘gag order’

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan secara rasmi permohonan larangan bersuara (gag order) bagi menghalang mana-mana pihak termasuk media untuk memperkatakan mengenai Titah Adendum yang menyentuh mengenai penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di rumahnya sehingga habis hukuman penjara.

Timbalan Ketua Bahagian Sivil AGC, Shamsul Bolhassan ketuka dihubungi media memaklumkan permojonan itu telah difailkan pada pukul 7.45 malam melalui sistem e-Filing.

Pada 13 Januari lalu, Shamsul yang mewakili kerajaan dan beberapa responden lain dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan pihaknya akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Selain AGC, turut dinamakan sebagai responden ialah Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi).

Ujar Shamsul, permohonan tersebut dibuat kerana ia membabitkan isu sensitif iaitu raja, agama dan kaum (3R).

Walaupun terdapat beberapa pihak termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang mempersoalkan perkara berkenaan, Shamsul memberitahu, permohonan tersebut akan diteruskan sehingga terdapat arahan lain yang menghalangnya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan menafikan bahawa Kabinet mengarahkan AGC untuk memfailkan permohonan itu.

Pada 6 Januari lalu, Mahkamah Rayuan memberikan kebenaran kepada Najib untuk memulakan semakan kehakiman berhubung kewujudan Titah Adendum tersebut.

Dalam keputusan 2-1, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan semakan kehakiman itu selepas mendapati tiada q responden yang dinamakan dalam permohonan itu memfailkan sebarang afadavit menafikan kewujudan perintah tambahan itu. – UTUSAN

Scroll to Top