Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan.
Memetik Bernama, Fahmi berkata keingkaran mematuhi syarat lesen yang ditetapkan boleh membawa kesan serius kepada pihak terlibat.
BACA: FINAS Taja Caruman Perkeso Untuk 4,500 Penggiat Seni – Fahmi Fadzil
“Saya memberi jaminan bahawa pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas,” katanya.
Mengulas isu tetamu lelaki berpakaian wanita ketika menghadiri Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang disiarkan secara langsung, Fahmi berkata beliau kecewa kerana.
“Seharusnya pihak Media Prima lebih bertanggungjawab. Saya amat kecewa dengan mereka yang menguruskan AJL (Anugerah Juara Lagu). Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka tahu, dan mereka membenarkannya, ini tidak baik,” katanya.
Terdahulu, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mengadakan sesi perbincangan secara tertutup.
SUMBER: Astro Awani