Timbalan pengurus kanan syarikat swasta ditahan, minta rasuah daripada peniaga

Timbalan pengurus kanan syarikat swasta ditahan, minta rasuah daripada peniaga

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan timbalan pengurus kanan sebuah syarikat swasta kerana disyaki meminta rasuah.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 8 malam tadi.

Difahamkan, suspek menggunakan kuasanya dengan meminta rasuah daripada pemilik perniagaan yang berurusan di terminal feri di Johor bagi memastikan perniagaan dan operasi syarikat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, pada jam 8.30 pagi esok bagi mendapatkan tempoh tahanan reman,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top