Timbalan Ketua Polis Terengganu muncul juara pingpong

Timbalan Ketua Polis Terengganu muncul juara pingpong

sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan membuktikan kehebatannya selepas mengungguli Kejohanan Pingpong Piala Ketua Polis Terengganu kategori VIP kelmarin.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan PSP Wakaf Tapai, Wan Rukman berjaya mengetepikan pencabarnya, DSP Saari Mohamed dengan keputusan 3-0.

Bagi kategori individu wanita pula, wakil dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Nor Shahira Muhammad muncul juara selepas menewaskan pencabarnya, Farah Ilyani Fadilah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang.

Kategori beregu lelaki, johan menjadi milik pegawai IPD Dungun, Mohd Izwan Mohammed Shahid dan pasangannya, Jumahadi Hamid yang menundukkan pasukan dari IPD Marang, Mazlan Mohd dan Mohd Norhafizan Matail.

Manakala kategori berpasukan lelaki menjadi milik IPD Dungun selepas mengetepikan cabaran IPK A di tempat kedua dan ketiga bersama diraih IPK B dan IPD Setiu.

“Selain untuk merapatkan lagi ukhwah sesama anggota, matlamat kejohanan ini juga misi serampang dua mata iaitu bagi memastikan pegawai sentiasa cergas dan sihat dengan amalan bersukan,” ujar Wan Rukman.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top